Khamis, 25 Ogos 2011

Best..Best

Hip...Hip...hurrrii..best..best...esok je last keja..pas tue cuti seminggu..cuti raya..suka betul aku klau bab2 cuti nie..tak tahu nape..may be malas keja kut..tue la aku..mm..lagi 4 ari je syawal menjelma..tak sabarnya..baju raya tak tahu la kat mama dah siap jahit ke belum..tudung dah ada..klau tak siap, aku pakai gak kain tue, wat sari..hehehe..tapi duk umah je la..malu nak kua..ahaks..kuih tak tahu la akak n mama dah wat belum..aku nak wat kuih raya?jangan harap la..tak minat..makan kuih raya pun tak..raya yang aku suka sangat nie bukan dapat duit raya, tapi sememangnya cuti panjang..tue yang best sangat tue..tak sabarnya...

Ahad, 21 Ogos 2011

Jangan Sesekali Kamu

Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...


pesan juga pada diri..

Khamis, 18 Ogos 2011

So...So...Cute..

Nie la bila keja ada, tapi tak leh nak wat (malas), mula la cari keja baru..hehehe..nie bila malas wat keja, tapi rajin wat keja len..faham tak??mm...aku pun tak faham pe aku cakap..kan bulan pose, otak pun tak leh pk byk sangat...mm..nie la yang aku nak tunjuk kan..bila akug ada keja tapi tak mo wat...yang edit picture rajin pulak..


Isnin, 15 Ogos 2011

Satu Ari Nanti..



 



insyaallah...amin..

Saya Tahu Saya Tidak Cantik..

Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..

Ahad, 14 Ogos 2011

Ke-8 Ramadhan

Ari ke 8 Ramadhan, kami satu rumah g berbuka pose kat kfc..hehehe..teringin tue..dah lama tak makan lua, asyik masak je bulan pose nie..awal jugak la g sana..hehe..nie la gambarnya..

Khamis, 11 Ogos 2011

Kerja Baru

Sekarang duk sibuk wat blog unit prasekolah pulak..hehehe..keja jugak tue kan..blog aku pun dah jarang nak update la sibuk blog org..tapi tak pe, aku tak lupa blog comey aku nie (perasan lak aku)..akan sentiasa di update dan di upgrade kan..insyaallah..nie la blog baru buat tue..tak la hebat mana, untuk mengetahuan org awam je kalau kalau nak cari maklumat atau pertanyaan yang berkaitan sekolah..hehehe..jemput jemput la datang ke blog tue yea..nie alamatnya...http://prasekolah2p.blogspot.com

 nie la blog baru tue
PRASEKOLAH 2P BLOGSPOT

blog nie dibuat sebab nak sampai kan maklumat
kepada orang awam dan kalau kalau ada pertanyaan 
boleh la emailkan kepada Admin.


senang senang terjah la bloh tue yea..

Selasa, 9 Ogos 2011

Semalam Kan..

Huhu..nak citer..semalam kan satu ari ati aku sakit..macam2 berlaku kat aku..dari pagi sampai ke petang..sedihnya..kenapa aku yang kena..citer bab pagi tak mo citer..nak citer bab petang pulak..sakit ati terlampau, tapi aku pendam perasaan aku, tak mo cari gaduh..t payah..bia ati aku je rasa..bukan apa, orang kalau tak puas ati, cakap depan depan, nie tak...ngata orang kat belakang, ingat bagus sangat ke??agak2 la nak kata pun..ingat aku bodo sangat ke..dah lama dah..aku sabar je..tak pe..selagi aku boleh sabar, aku sabar..satu masa aku dah tak dapat tahan perasaan nie, jangan ckp pe la..aku pun ada tahap kesabaran jugak..kenapa dari dulu lagi aku selalu disisih kan..klau rasa dah tak mo, cakap terus terang je..tak payah nak ngata..buat orang sakit ati..suka ke hah??sabar sabar..tak pe la, ada orang pesan, sabar je selagi mampu, kalau tak mampu wat keputusan bia nyesal orang yang buat aku sakit ati..setiap perbuatan korang aku memang pendam, tapi jangan lupa, pendam lelama ada la perbuatan nanti..

Comey Tak Blog Nie?

Hehe..comey tak blog nie..orang baru nak join blogspot..nanti boleh jadi blogger tegar..ahaks..nak tengok tak blog baru orang nie..tadaaaaa...


blogger baru...fizie si helang blogspot..

Isnin, 8 Ogos 2011

Pantang Betul La

Pantang betul la bila ada orang suka amik tahu pasal aku..bab pesonal lak tue..kalau korang la, korang suka ke orang amik tahu pasal korang contohnya dengan sape korang kua, dengan sape korang cakap dalam fon, dengan sape korang massage, gayut dengan sape..aduh...tension aku..dari mud ok terus tak..suka ati la nak wat pe pun..tak jadi milik sape lagi..aku betul2 heran..aku pun tak pernah amik tahu n tanya apa apa korang wat, nape nak tahu hal aku..betul betul mengherankan aku..

tension..tension..

Yahuu..Berita Gembira

Hurrryyy...berita gembira semalam..nak tahu apa?hehehe..Bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.. yang tue nak dengar sangat tue..mm..tapi ada dah idea nak guna duit tue..duit tak masuk lagi tapi dah ada perancangan dah..hap!hap!..jangan pk nak boros...tak de nye..nie hah, keta aku dah 7 bulan tak servis..hehehe..nak g servis guna bonus tue la..bab baju raya atau kelengkapan raya tahun nie, mmm,tak de nye nak g shopping..raya nie bese2 je la..janji dapat bergerak..tue yang penting..ahaks..suka betul..tapi tak tahu la bila nak masuk duit bonus tue..tunggu..banyak kan bersabar ..ahaks..

syioknye..hehehe..
cepat cepat la kasi..

Berbuka Pose..

Tak bape jam je lagi nak buka pose dah..hurrryy..suka..suka..mm..arinie tak pk lagi nak buka pose makan pe..nak kata perut tak lapo, mmg tak lapo pun..hehehe..air je dahaga..bukan pe, penat pagi tadi tunggu jalan jem atas jambatan pulau pinang (alasan je tue)..hehehe..mm..arinie nak g bazar la..nak makan pakai duit pulak..ahaks...ngade tul dak nie..ehem2..mm..ada cadangan tak nak makan pe arinie??idea..idea..

Ahad, 7 Ogos 2011

Sedih...Sedih..

Arinie aku masuk keja lambat..bukan pasal aku sendiri yang melewatkan nak g keja, tapi atas jambatan pulau pinang ada kemalangan maut..peehhh..jem abis..dari pukul 7.10am sampai kul 8.30am baru sampai ofis..aku duk atas jambatan lebih kurang sejam lebih..aduhh..sabo je la..jalan memang slow giler..mm..bosan betul la..tak leh nak g mana dah..kemalangan berlaku 3 tempat kat atas jambatan..tak pernah lagi aku g keja jadi xcdent macam tue..dasyat dasyat..huhu..syukur aku selamat sampai ke tempat keja..amin..

Khamis, 4 Ogos 2011

Upgrade Yahoo!Mail.

Pehh..yahoo mail dah di upgrade kan menjadi macam nie..


tadi macam tak best je tengok yahoo mail yang baru nie..tapi ada satu benda yang aku tertarik iaitu...hehehe..jom tengok..



nie la hah..game dari fb..hehehe..boleh main..kalau tak asyik kena block je line tenet kat sini..bila guna yahoo mail boleh pulak men..tue yang best guna yahoo mail yang baru nie..suka pulak aku..mmm..sampai bila nak bertahan tak tahu la..sebabnya kat setting yahoo mail baru dah berubah..lagi banyak collum..mm..kena belajar la..tapi tak payah pun..senang je..(berlagak kejap)...hehehe..

Rabu, 3 Ogos 2011

Dah masuk ari ke-4 pose..

Arinie ari ke-4 aku pose..3 ari lepas pose ok je, arinie rasa tak larat..baru separuh ari..huhu..boleh tahan ke..rasa macam nak tido je, nak duk diam..tapi skarang tengah keja, apakan daya..huhu..tak larat la..rasa tak de tenaga..nak kata tak sahur, pagi tadi sahur..siap makan nasi lagi, tapi mungkin pagi tadi aku makan sikit je kut..tak lalu pepagi nak makan banyak (mud tido je pagi tadi) huhu..cepat la jam kul 7.35pm..nak buka pose..hurry...mm..nie la muka keletihan..hehehe..

Comey Tak?Chubby?

Lama tak tengok satu citer nie, tapi tak ingat la tajuk pe..mm...tadi ada la buka satu blog, tengok gambar kartun nie teringat citer dia..best tau..sweet sangat muka budak dalam citer rue..chubby betul..mcm aku(chubby pipi je)..hehehe...aku copy dia dalam blog orang, comey sangat..geram..jom tengok..




 aksi nie yang aku suka, comeyyyyy sgt..



 hehe..suka jugak aksi nie bila marah..

see..kan comey..tak tipu tau..chubby lak tue..

Isnin, 1 Ogos 2011

Blog berat suda..

Alamak..berat jugak blog aku..tadi pagi bawa blog g timbang..hehehe..tak de la..lawak je..tadi ada buka satu blog nie, dia bagitahu cara cara nak tahu berat satu blog nie..aku pun cuba la, berat rupanya blog aku..nak tahu saiz pe..nie hah..

see...berat kan..

kalau ada sape nak check blog korang berat ke tak, meh la check kat sini..
 

Bila Cinta Berputik. Adakah Dia Jodohku?

"Tiada terfikir,
Terlintas Engkau akan tiba,
Membawa perangsang.

Tiada terfikir, Terlintas,
Engkaukan membuka,
Sempadan perasaan.

Bunga kembang bertali hati, Bunga kembang di puncak akli"

Begitu indah cinta, membawa perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akan tetapi diluah melalui boneka jasad serta lirikan mata, lidah kelu diam seketika, jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah.

Jika kamu merasakan dia jodohmu, adakah dia mengajak kamu kepada kebaikan lebih banyak daripada membawa kamu kepada kemungkaran?

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.

Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T.