Selasa, 31 Januari 2012

Wordless Wednesday

limaekorkucingcomeytengahtengokkamu!!

Ahad, 29 Januari 2012

Doa Buatmu..

Doa Buatmu..

Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi ...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini,
Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engkau redhai,
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat,
Dan peliharalah kami dari azab api neraka,

AMIN... AMIN... AMIN...
YaRabbal'aalamiin...


mudah-mudahan..amin..amin..

Cucur Udang VS Cucur Badak

Ada sorang bekas samseng tu dia dan wifenya jual cucur udang setelah dia insaf dan tidak mengaktifkan dirinya dalam bidang kesamsingan lagi...
Setelah beberapa tahun berniaga maka terkenallah cucurnya seantero negerinya... dan pada satu ari dgn tiba2 datang la sekumpulan manusia yg jugak samseng sepertinya satu ketika dulu hendak merasa sendiri kelazatan cucurnya seperti yg diperkatakan ramai makhluk... maka sekumpulan samseng tu pun memborong habis kesemua cucurnya... dengan lahapnya ketua samseng tu merasmikan dulu merasai cucur tersebut... dan dengan tak semene2 ketua samseng tu pon kata... " dah banyak ketul aku makan cucur ni... tapi satu ekor udang pon aku tak nampak" dan penjual cucur udang rasa bengang tahap maksima apabila disindir begitu... dia pun selinsingkan lengan baju dan berkata dengan selambanya... "ooooo... ... ... . cucur udang aku takde udang korang bising... tu... orang yg jual cucur badak tapi takde badak... korang tak bising pulak" ..


lawak betul la la..hahahaha..

Rabu, 25 Januari 2012

Love You Like A Love Song

Love You Like A Love Song - Selena Gomez
 
[Verse 1]
It’s been said and done
Every beautiful thought’s been already sung
And I guess right now here’s another one
So your melody will play on and on, with best we own
You are beautiful, like a dream come alive, incredible
A center full of miracle, lyrical
You’ve saved my life again
And I want you to know baby

[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
And I keep it in re-pe-pe-peat
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
And I keep it in re-pe-pe-peat
[Verse 2]
Cursing me, boy you played through my mind like a symphony
There’s no way to describe what you do to me
You just do to me, what you do
And it feels like I’ve been rescued
I’ve been set free
I am hyptonized by your destiny
You are magical, lyrical, beautiful
You are…I want you to know baby

[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
And I keep it in re-pe-pe-peat
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
And I keep it in re-pe-pe-peat
[Bridge]
No one can pause
You stand alone, to every record I own
Music to my hear that’s what you are
A song that goes on and on

[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
And I keep it in re-pe-pe-peat
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I love you…like a love song…

lagu nie pun saya suka..suka..suka..

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah - Ungu ft. Rossa



Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah


saya sangat suka...

Bila Si Comey Mengayat..

Tengok la si comey nie bila mengayat si ikan...ikan pun mula tunjukan rupa..ahaks..

Selasa, 24 Januari 2012

'Couple' Yang Halal

Indah kan kita bercinta?
Indah kan bila kita saling merindu?
Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?
Indah kan bila kita saling meluangkan masa?
Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?
“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).
Cinta tu fitrah,
Cinta tu indah.
Dan lagi indahnya cinta itu,
Bila 'i love you'
Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!
Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan  cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!
Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasangan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.
'Couple' lain semua bercinta
Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah
'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa
Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.
Seronok kan??
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).
Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah khitbah' ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple' dengan romantik dan halal. 
Indah kan?
Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan berkekalan sampai jannah.Alhamdulillah
amin..mudah-mudahan..

Sangat Suka Bila Bercuti

Wahh3...suka betul erk bila bercuti panjang..5 ari aku cuti..seronok betul la...sebenarnya tak de wat pape pun bila cuti panjang nie...keja jadi driver makayh bawa g kenduri..sudah jadi tugas dan wajib sebagai anak..kan..kan..bila petang tak de keja selama 5 ari tue..keja aku on laptop men game..sampai mama kata, tak de keja ke hah 5 ari duk ngadap game tue je...g la kua cari barang hantaran..opsss...malas la mama...hehehe...tapi sangat seronok tau..rasa nikmat cuti tue..dan arinie (rabu) mula keja..pe lagi, tahap malas tue dah sampai tahap gaban dah..huhu..malas betul..keja2...jangan malas..isshh..lama tak update sebenarnya blog nie..rindu la..kat rumah tak de tenet tue payah nak on9...datang keja baru boleh..hehehe..sekarang dah terubat rindu pada blog nie...k lah..nak sambung wat keja yang tak bape byk nie..bye...

Selasa, 17 Januari 2012

Pe Kabar Orang Disana?

Salam..pe kabar la orang kat sana tue..dah g jauh, lupa pada yang sini..sihat ke dia di tempat orang..baik ke dia di tempat orang..senyap dan sunyi je bila orang jauh tak de..harap2 tak de masalah yang timbul bila disana...harap2 jugak kesihatan baik dan sihat selalu..selalu juga ingati bila tiada disini..jagalah dirimu bebaik..akan ku doakan kamu sihat dan menjalankan tanggungjawab sebaik-baiknya..amin..

Ahad, 15 Januari 2012

Isteri Solehah Penyejuk Hati Suami

Wasiat seorang ibu solehah pada zaman kegemilangan Islam.
Mari hayati pesanan isteri 'Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
"Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu." 
Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting: 
Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada 'dua bahagian muka syiling'. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

Saya sering mengingatkan diri sendiri dan masih sangat mempercayai bahawa:
"Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif."

Kenapa Dengan Semalam??

Tengok tajuk pun dah tahu dah..kenapa dengan semalam??aku nie tak tahu la apa yang sebenarnya berlaku..semalam rasa tak tenang je..tapi alhamdulillah la sebab mata aku ngantuk dan badan aku letih, jadi aku boleh tido dengan tenangnya..kalau tak semalam mesti aku tak leh tido dibuatnya..kenapa??ntah la..hati rasa tak seronok dengan tiba2...isshh...udah2 la tue, kalau boleh aku tak mo amik tahu dah pasal sume tue, tapi hati aku dan fikiran aku tak boleh nak menentang dan katakan tidak pada sume tue..mmm..kenapa aku jadi macam nie..sume dah berlalu la..lupakan sume hal, dan mulakan hidup baru aku..boleh ke aku nak meneruskan apa yang aku fikirkan atau pun, aku lupakan sahaja apa yang berlaku dan menjalani hidup aku seperti yang aku inginkan bila masuk tahun baru..mm..mudah-mudahan sume nya lancar..jangan la ada sebarang masalah, aku dah tak larat dan tak mampu untuk menanggungnya lagi..plez...jangan sangkutkan aku di dalam hidup kamu...

Rabu, 11 Januari 2012

Tak Perlu Berkata

WAwawawa..aku kesejukan..menggigil dibuatnya..nie masuk 2 ari dah macam nie..pakai baju tebal2 pun tak jadi pe..nak cakap pun menggigil..tulunnnnnnn!!!!..mana perginya orang dalam ofis nie??bila nak penuhkan balik orang dalam ofis..aku tak mampu untuk berkata2 lagi...

Selasa, 10 Januari 2012

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

tak perlu kata apa-apa..

Rabu, 4 Januari 2012

Haris Sufi 2012

Nie la baby yang lahir 3 Oktober 2011..dah makin besar, chubby dan cute..gerammmm..eeeii..sabo je la..tengok la aksi muka dia bila orang amik gambar..mata bulat tue wat orang geram je..

 mama haris bawa haris jalan2 bersiar..
suka la si haris tue..

 tengok tue..dia suka wat muka pelik dia..

 skali tengok geram sangat..

 tengok tue..makin geram tengok dia..

 ewah..ewah..malu pulak si comey tue..

 hah!!wat lagi muka pelik..tapi cute..

 muka lapo ke tue haris sufi..

dah tak mo layan la tue..hehehe..

Isnin, 2 Januari 2012

Keletihan Selesai 1.1.2012

Selesai suda untuk tarikh 1.1.2012..kenapa ngan tarikh tue??mm...hehehe..penat tau ari last sebelum tarikh tue..macam2 keja nak wat..masalah datang lagi..tapi Alhamdulillah, berjaya selesaikannya..syukur sangat sebab 1.1.2012 berjalan dengan lancar..hehehe..harap2 sume yang aku impikan tahun baru nie ceria dan bahagia selamanya..amin...

nie la hasilnya setelah penat lelah untuk siap kan..
cantik tak??perasan lak aku..hehehe..

dan...






dan..
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
dan...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.dan....

tada....kejutan buat sume..

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum pada sume pembaca blog IZAZ DANIAS BLOGSPOT..Selamat Tahun Baru 2012 yea..tahun nie aku sambut dengan perubahan yang mendadak..mm..semoga perubahan ini kekal bahagia selamanya..doa-doakan lah kebahagiaan aku..aku pun doakan kebahagiaan kawan-kawan aku jugak..amin..

SELAMAT TAHUN BARU SUME..