Selamat Pagi Cikgu (nada sengau)..Huhuhu..pembuka kata " shuuppp.shupp..(selesema suda) "...saya tak sihat..selesema, badan panas dan tekak ada benda pe ntah yang nak telan sakit...adeh...makan pun tak leh, telan air liur pun pedih..tersiksanya aku...tersiksa perut ku jua..huhuhu..sampai bila nak macam nie...TOLONG....selesema dan sakit tekak makin menjadi-jadi..huhu...sampai bila, sampai bila...mmm..tak selese la...tisu banyak nak kena beli dan simpan dalam handbag...berat-berat..hehehe..pemalas betul..nak g klinik..mm...malas nak nyusahkan doktor..mkn je la panadol besar tue..pahit..eeeiiiuuhh..TAK SEDAP..urmm..doa-doakan la saya sihat slalu..amin...
saya tak sihat..
Khamis, 30 Jun 2011
Rabu, 29 Jun 2011
Nak tengok tak no untuk tahun nie..peehh..aku suka la..sumenya no 1111..hehehe..cantik kan no tue..jom tengak...
tengok la nombor kat curser tue..
Label:
Coretan
Selasa, 28 Jun 2011
Mengapa Kita Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati?
Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah? Jika kita masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.
Jodoh?
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya
Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!
Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.
Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.
Label:
Coretan
Ahad, 26 Jun 2011
Apabila Ditikam Dari Belakang
Saya ingin tegaskan... mesti ada rasa takut, geram dan kecewa. Malah kadangkala anda menjadi curiga dan berprasangka buruk dengan semua orang. Insiden pahit yang sekali itu menjadi trauma dalam jiwa yang menyebabkan kita sukar mempercayai sesiapa lagi.
Ya, jika dia yang begitu akrab dengan kita, mungkin begitu tinggi ilmunya, mungkin telah banyak budi dan jasanya, pun tergamak melakukanya, apatah lagi orang lain? Begitu getus rasa kita.
Jika itulah akibatnya, hidup kita akan hilang bahagia. Kita tidak akan ceria lagi. Bila kita sudah tidak ceria, apa yang dibuat pasti tidak menjadi. Hari-hari yang indah bertukar gundah. Kita rasa malas melangkah dan segala potensi diri pudar tidak menyerlah!
Jika itulah yang berlaku, kita sebenarnya sedang memberi kemenangan total kepada orang yang mengkhianati kita. Dia akan berjaya memporak-perandakan kehidupan kita berkali-kali. Jangan biarkan dia menang. Sebaliknya, berhentilah mengenang perbuatannya. Jauhkan diri dan berhati-hati dengan 'gunting dalam lipatan' ini.
Tetapkan satu jarak yang jauh tetapi jangan memutuskan. Sekiranya tidak mampu melupakan, tidak mengapa, tetapi belajarlah memaafkan. Jangan membalas. Jangan kita mengkhianati diri sendiri hasil pengkhianatan orang kepada kita!
Bersabar atas kerenah pergaulan dengan manusia adalah tuntutan agama. Kita tidak hidup dalam masyarakat malaikat , yang tidak alpa dan tidak berdosa. Tarik nafas dalam-dalam dan helakannya panjang-panjang. Cubalah bermuhasabah dengan diri sendiri penuh berani dan jujur. Acapkali, kita dikhianati kerana pernah mengkhianati. Atau kita berdiam diri apabila orang lain dikhianati dan dizalimi. Padahal, membela dan bersuara atas kebenaran itu satu tuntutan. Jangan dayus, penakut dan pengampu... itu umpama syaitan bisu.
Sudah lumrah dalam hidup ini, kita terpaksa hadapi perkara yang tidak kita inginkan. Kita tidak mampu mengawal semua yang berlaku agar sentiasa 'cocok' dengan keinginan dan kemampuan kita. Justeru, selalu berlaku perkara-perkara yang kita sendiri tidak inginkan berlaku. Lantas kita akan mengalami ketakutan, takut sakit, takut gagal, takut dicerca orang dan sebagainya. Kita tidak boleh lari daripada hakikat ini.
Itu semua adalah realiti dan basahan dalam hidup yang terpaksa kita hadapi. Soalnya, bagaimana kita dapat menangani semua itu dengan cara yang sebaik-baiknya? Hingga dengan itu bukan sahaja kita dapat mengatasinya, malah dapat memanfaatkannya untuk terus mencapai kejayaan. Salah satu caranya ialah dengan membesarkan cita-cita. Ya, cita-cita yang besar akan mengecilkan kritik, pengkhianatan dan sabotaj oleh musuh dalam selimut!
Bayangkan dalam perang Khandak yang hebat itu. Musuh, tentera-tentera Ahzab mengepung di luar kota Madinah, manakala Yahudi menikam dari dalam kota Madinah. Ditambah oleh tipu daya licik para munafik. Bekalan makanan pun kekurangan. Bagaimana Rasulullah menghadapi ya?
Ya, dengan menanamkan satu berita dan cita-cita besar , Rom dan Parsi , dua kuasa besar dunia ketika itu akan tersembam di telapak kaki umat Islam. Jika difikirkan mana logiknya? Sedangkan tentera gabungan puak Quraisy dan pengkhianatan pihak Yahudi sedang mencengkam pada saat yang sangat kritikal itu. Namun itulah Rasulullah... penderitaan dunia yang sedang dihadapi diperkecilkannya dengan janji syurga, ancaman musuh di peringkat 'local' dipermudahkannya dengan kejatuhan musuh besar di peringkat internasional.
Jangan trauma dengan pengkhianatan masa silam. Jangan bimbang dengan pengkhinatan masa akan datang. Tetapi binalah cita-cita besar yang mampu 'meremehkan' semua itu. Dengan cita-cita besar kita akan menjadi raja. Bukan raja untuk berbangga tetapi raja yang mempunyai keyakinan diri dan kemurnian reputasi. Biarlah anjing menyalak bukit. Bukit tidak akan runtuh. Begitulah orang yang menikam kita dari belakang... kerana dia hakikatnya lemah, penakut dan tidak punya keyakinan diri untuk bertarung secara berdepan!
Tidak ada orang yang mahu menendang anjing yang telah mati. Maka begitulah kita, selagi ada tenaga, upaya dan keinginan yang menyala-nyala maka akan sentiasa ada 'musuh' dalam selimut yang ingin mengacau kita. Kritik yang tidak adil adalah pujian yang tidak rasmi. Tikaman dari belakang petanda kita gagah dan digeruni untuk dihadapi secara berdepan.
Yang penting, bermusabah diri. Jaga hati agar sentiasa lurus dan tulus. Jaga perlakuan agar sentiasa diikat oleh syariat. Jika itu telah dapat kita usahakan... pengkhianatan akan dapat kita hadapi dengan senyuman. Strategi liciknya akan membelit dirinya sendiri. Dan dia akan terjerumus dalam lubang yang digalinya sendiri!
Kita? Biarlah tetap menjadi hamba Allah. Tetapi menjadi raja kepada diri kita sendiri!
pesan juga pada diri, jangan percaya pada orang 100% walaupun adik beradik atau sepupu sendiri..tak sume orang akan baik dengan kita..(hanya nasihat kerana diri sudah terkena)..
Label:
Coretan
Jika suami sayangkan isteri, kerja rumah rela dikongsi
Jika suami sayangkan isteri, diberi ciuman setiap pagi
Jika suami sayangkan isteri, isteri gemuk dikatakan seksi
Jika suami sayangkan isteri, sentiasa jujur perihal diri
Jika suami sayangkan isteri, cintanya suci hingga ke ukhrawi
Jika suami sayangkan isteri, sentiasa jujur perihal diri
Jika suami sayangkan isteri, cintanya suci hingga ke ukhrawi
Label:
Coretan
Rabu, 22 Jun 2011
Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya akan dirasasi oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya.
Namun bagi sesetengah manusia beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan mereka sebelum berkahwin adalah mustahil untuk dikecapi.
Walhal,yang sebenarnya Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi.
Terdapat banyak kebaikan bercinta selepas kahwin manakala bercinta sebelum kahwin lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan.
Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:
Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.
Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.
Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".
Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.
Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.
Ungkapan-Ungkapan romantis seperti
"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing
Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
"Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman".
Namun bagi sesetengah manusia beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan mereka sebelum berkahwin adalah mustahil untuk dikecapi.
Walhal,yang sebenarnya Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi.
Terdapat banyak kebaikan bercinta selepas kahwin manakala bercinta sebelum kahwin lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan.
Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:
Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.
Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.
Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".
Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.
Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.
Ungkapan-Ungkapan romantis seperti
"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing
Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
"Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman".
Label:
Coretan
Selasa, 21 Jun 2011
Agak2 la, blog izaz dania's nie semak tak?adeh...soalan...mm..bukan pe...tengok macam semak je..tapi kan, saya nak cuba wat bagi nampak ceria..macam blog kekanak kan..tue yang saya nak..skali tengok, semak ada, buang masa pun ada baca blog ntah pape nie, dah macam zoo pun ada..mm..macam2 la ada..tapi blog sendiri kan, sendiri la baca..hehehe..tak pe la..asalkan saya hapi ada blog sendiri..dari 1st tak tahu pape pasal blog nie, blaja sendiri wat sampai skarang dah pandai sikit dah..boleh wat blog saya semak, kira ok la tue..dah maju dah..hehehe..akan datang semak kan lagi blog izaz danias blogspot..hehehe..majulah blogspot untuk negara..ahaks...ntah pape la arinie..mm..
ntah pape la admin arinie..
Label:
Coretan
Isnin, 20 Jun 2011
Aku nak minta maaf kepada sesape yang aku termarah..bukan apa, bila mud marah aku datang, pas tue ada pulak yang ngaco, memang jadi mangsa aku la..tapi apa pun, thanks sebab tak marah balik...aku tak kan marah atau nak naik angin sesuka ati kalau tak de yang cari pasal atau sakitkan ati aku...bukan nak kata aku baik, tapi fikir la sama perasaan orang kan..tapi apa pun, aku minta maaf kalau ada terkasar bahasa atau marah atau tengking..(pada yang berkenaan sahaja..)
I'M SORRY...
; (
Label:
Coretan
Khamis, 16 Jun 2011
Yang aku suruh dari pagi tak boleh buat..yang tahu ayat dia "...jap lagi...jap lagi.."aduh..sabar jela..tapi kalau orang lain suruh boleh pulak wat..ada pulak yang tak suruh pun, nak tolong, yang aku suruh tak mo tolong..ingat diri tue share.kalau dah tak mo tolong, bagitahu je la, tak yah nak minta-minta dah..eeii..geram..sabar je la..dah la bad mud je pagi nie..tak puas ati betul la aku arinie..
Label:
Coretan
Nie la anugerah dariNYA..indah sungguh kan..cantik je..
semoga kekal slamanya..amin..sama-samalah kita doakan..
semoga kekal slamanya..amin..sama-samalah kita doakan..
Label:
Coretan
Isteri adalah untuk dikasihi dan disayangi dengan penuh kasih sayang. Isteri bukan tempat untuk si suami melepaskan amarah yang tiada berkesudahan . Isteri adalah makhluk tuhan yang perlu dibelai, dididik dan dihormati setiap masa.
hargailah dengan sebaiknya..
Label:
Coretan
Arrggghhh...tolong...aku SAKIT KEPALA sangat nie..huhu...aduh..sakit amat nie..rasa macam nak pecah kepala je..may be tempat aku nie sama sebab panas kut..adeh..sampai bila nak macam nie..rasa tak selesa je..huhu...aku tak suka sakit...sape nak sakit, amik la..aku bagi..adeh...sakit...sakit..mama....abah...tolong...sakit kepala..huhuhu...
tak selesa sangat..rasa macam nak balik tido je..nak rehat kan diri..badan panas la..adeh...huhu...
mungkinkah esok ok??minta-minta esok sihat...tak mo sakit..nak buat keja pun tak selesa..mm..
tak selesa sangat..rasa macam nak balik tido je..nak rehat kan diri..badan panas la..adeh...huhu...
mungkinkah esok ok??minta-minta esok sihat...tak mo sakit..nak buat keja pun tak selesa..mm..
Label:
Coretan
Rabu, 15 Jun 2011
Aku tak mo macam nie...bebas kan aku..aku nak bebas seperti burung..alangkah luasnya pemandangan aku...
dan...
dan...
dan...
dan...biarlah..
Label:
Coretan
Selasa, 14 Jun 2011
Walau kelam sudah,
Walau telah jatuh,
Walau tersesat jauh,
Namun ku punya hati
yang mahu mengerti,
Ya, mahu mengerti..
Kerana aku masih insani,
Aku mahu mendengari,
Kerana itulah aku mencari....
sesungguhnya adalah kerana hati.
Ketika ini,
Aku ingin berkata,
Maafkanku wahai Hati,
Aku telah mengingkari,
Aku telah memungkiri,
Aku telah menodai.
YA RABB..
Selamatkanlah hatiku
Simbahinya dengan cahayaMU,
Kurniakanlah setitik kasihMU,
Agar hilang dahaganya,
Agar ia sedar akan kesesalanku.
Walau telah jatuh,
Walau tersesat jauh,
Namun ku punya hati
yang mahu mengerti,
Ya, mahu mengerti..
Kerana aku masih insani,
Aku mahu mendengari,
Kerana itulah aku mencari....
sesungguhnya adalah kerana hati.
Ketika ini,
Aku ingin berkata,
Maafkanku wahai Hati,
Aku telah mengingkari,
Aku telah memungkiri,
Aku telah menodai.
YA RABB..
Selamatkanlah hatiku
Simbahinya dengan cahayaMU,
Kurniakanlah setitik kasihMU,
Agar hilang dahaganya,
Agar ia sedar akan kesesalanku.
Label:
Coretan
Huhu...aku tak tahu la minggu nie aku rasa stress sangat..adeh...serabut kepala otak aku..sakit otak pun ada..letih..tak larat je rasa..kenapa yea...tue yang aku rasa semalam, aku nak senyap je, nak bebas..aku rasa macam nak OFF hset (boleh ke?) aku je selama sebulan (ikut mud ok balik la)...mmm...tension la..nape ngan aku nie..rasa tak de mud je..rasa macam nak amik cuti panjang pun ada..nak rehat kan diri..nak sembunyi bawa diri g jejauh..mm..bagus jugak cadangan tue kan..nanti la aku fikirkan balik nak amik cuti tue..yang aku tahu sekarang keadaan aku dah letih dan tension giler dah..
bila keadaan aku nak hapi macam dulu-dulu balik??mm..kekadang ok kekadang tak..ntah la..aku je ke yang slalu macam nie dalam dunia atau pun ada lagi macam aku? tak pun yang lagi teruk macam aku...
mm..minta-minta la tak berpanjangan..mau giler aku dibuatnnya..kena g tepi laut nie buang tension dan letih kat dalam laut..bia ikan kat sana kena jangkitan virus aku (jahatnya..)..aku nak bebas...Plezzzzz...
bila keadaan aku nak hapi macam dulu-dulu balik??mm..kekadang ok kekadang tak..ntah la..aku je ke yang slalu macam nie dalam dunia atau pun ada lagi macam aku? tak pun yang lagi teruk macam aku...
mm..minta-minta la tak berpanjangan..mau giler aku dibuatnnya..kena g tepi laut nie buang tension dan letih kat dalam laut..bia ikan kat sana kena jangkitan virus aku (jahatnya..)..aku nak bebas...Plezzzzz...
nak buang STRESS...
TAK MO jadi macam nie..
Label:
Coretan
Arrrgghhh...aku rasa aku nak bebas la..aku rimas keadaan macam nie..seronok bila di fikirkan masa dulu-dulu..bebas je..sampai bila aku nak rasa rimas macam nie..aku pun tak tahu pe yang aku fikirkan, tapi kekadang aku rasa rimas sangat hidup macam nie..skali skala aku rasa nak bebas seperti burung...wahhh...best tue...bia lah aku bebas seperti burung...PLEZ..
BEBASKAN LAH AKU...
Label:
Coretan
Khamis, 9 Jun 2011
Selagi aku boleh sabar..aku sabar...ingat diri tue dah besar sangat ke??ada juga manusia akan lakukan kesilapan..bukan sengaja..agak2 la nak kata kat aku pun..aku pun ada hati dan perasaan, bukan robot..klau diri sendiri hebat sangat, buat la sendiri..kenapa, diri sendiri tue tak pernah wat kesilapan ke?ingat diri tue hebat sangat, g kedai cermin, cermin la diri tue..berlagak la sangat..blah la..yang lagi sorang nie, dari minggu lepas lagi aku tengok dia dah mula berat sebelah..ingat la, benda share ok, bia adil..kenapa nak berat sebelah pulak...klau rasa tak mo tolong wat, xpe, bagitahu, buat sakit ati je..eeiii..arinie memang aku tak puas ati betul ngan orang2 berkenaan nie..sabar aku pun ada batas..ingat sama...
Label:
Coretan
Selasa, 7 Jun 2011
Saya Tak Mahu Jadi Dewasa
Boleh pakai kasut tumit tinggi
Boleh melaram, mekap-mekap muka
Boleh cepat kerja, sebab org slalu tanya apa cita-cita
Boleh pegi mana-mana saya suka
Boleh bercinta
Boleh balik rumah lewat malam
Banyak benda lah boleh buat kalau dah besar ni.
Lama-lama, baru saya perasan..
Saya dah tak baca komik doraemon, tapi baca majalah orang dewasa
Saya dah tak main masak-masak tapi memang masak betul-betul
Saya dah lama dapat kunci 21
Saya dah boleh mengundi
Kahwin pun boleh, kalau saya nak.
Saya ingatkan best jadi dewasa ni
Saya boleh buat keputusan sendiri, abang-abang saya dah tak boleh marah saya
Saya bukan budak hingusan lagi tapi mahasiswi politeknik
Dulu saya mintak abah beli hset sebab nak main games, tapi sekarang saya beli hset sendiri dan macam-macam.
Rupa-rupannya...
Jadi dewasa ni...
Kena matang
Kena professional
Banyak tanggungjawab
Banyak masalah, lagi banyak dari masa remaja dulu
Banyak benda kena buat
Banyak pakai duit
Tak boleh emosional tak bertempat
Kena cari makan sendiri
Kena buat keputusan, keputusan, keputusan dan keputusan
Kena kawan dengan semua orang, biarpun tak sama minat dengan kita
Kena berpada-pada kawan dengan berlainan jantina
And banyak lagi la kena,kena,kena,kena,kena dan kena..
Namun itulah sunnatullah
Saya kena hadapi dengan redha dan tabah.
aku pun tak tahu nak jadi kanak-kanak atau orang dewasa..
Label:
Coretan
Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita
Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?
1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."
Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".
Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.
Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."
"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.
"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...
jahat betul iblis nie..
jauhi lah aku dari perkara yang iblis janji dan sumpahkan tue..
Label:
Coretan
Masa aku balik minggu lepas dari kampung, sempat jugak aku snap satu picture keta nie..aku tertarik kat no plet dia..hehehe..kenapa yea??ada la sebabnya..bila lagi aku nak jumpa keta nie..kembar aku ke?adeh..tak tahu la..
sempat lagi masa tengah jem nie..
Label:
Coretan
Bila la agaknya aku nak g servis nie..adeh...tak cukup2 lagi nie...baru banyak nie..mm..
suka la lampu dia..nak wat lampu tido la..
Label:
Coretan
Aku slalu g jeti Jerejak, sebab kat sana tenang..angin laut sejuk je..tapi ada la benda menarik kalau aku slalu g sana..hehehe..nak tahu pe dia..nie hah!!!
chak arr..ikan kacukan katak..hehehe..
comey kan..hehehe..
Label:
Coretan
Si Comey nie suka wat muka kecian bila aku g kedai makan nie...wat muka bagi orang rasa simpati kat dia..bila dah lapo, tue la jadinya..tapi kan, dengan sape lagi dia nak wat muka simpati tue..kalau kat orang lain tak tahu la diaorang fahami atau tak, tapi kalau wat kat aku, aku sanggup share makanan ngan si dia..kesian tau..nak tengok aksi muka simpati dia..meh sini...
mula2 tolek kanan..
pastue aksi seterusnya toleh kiri..
pastue wat muka nie, aku tak sanggup la..
kesian betul..
kecian kan..
tak sanggup kalau tak share
makanan..
Label:
Coretan
Semalam duk kemaskini laptop aku, ada la satu folder masa study dulu kat poli aku buka tue, gambar kat poli..teringat kembali kenangan masa kat sana bersama kekawan aku..huhu..macam sedeh je bunyi...mana tak nye, lepas abis study sume wat hal masing2..tak jumpa dah..last jumpa pun tahun 2009 bulan 6 masa konvokesyen..lepas tue tak de dah..huhu..nie la gambar yng diambil dari laptop aku untuk kenangan...
ini la dia tempat aku selepas SPM...
nie la pintu masuk ke poli..dulu ari2 lalu kat sini..mana tak nye,
nak masuk kut pintu mana lagi klau tak masuk pintu nie..hehehe..
nie pulak jalan yang aku ari2 guna bila nak ke kelas..
kalau dah lambat, berlari jugak kat lorong nie..
teringat kenangan dulu..huhu..
bangunan yang hujung tue la kelas aku..
bangunan kejuruteraan awam..
nie pulak tempat yang aku dan kekawan slalu lepak..cafe poli..
nie la surau poli..klau dak poli outing, yang pastinya sebelum kul 7pm kena balik ke hostel untuk solat berjemaah, kalau tak,mm...kad outing kena tahan la..huhu..
nie la projek last sem aku..kena g survey kat perak..
masuk hutan lak tue..
mulakan memasang alat yang diusung kehulu ke hilir..berat lak tue..
dengan panas terik duk wat keja kat lua...sabo je la..
nie la keja aku..senang je..pasang alat nie..hehehe..
abis masuk hutan rehat jap tengok data..
tengok orang berkerja keras siapkan keja waktu siang..
nie keja aku waktu malam..
siapkan report untuk dihantar...hehehe..
nie last day kat perak..nak balik dah..
sambil2 tue snap picture jap..hehehe..
wat kenangan masa depan..
rindunye masa tue..
huhu..
Label:
Coretan
Langgan:
Catatan (Atom)