Alhamdulillah...cahaya mata yang dinantikan suda hadir...pada 13.2.13 pagi tue ada tanda air ketuban pecah, tapi sikit je...aku masih g keja mcm biasa...pagi tue aku g check up kat KD Sg. Ara mcm biasa..nurse kata tak pe tunggu dulu, klau sakit atau kua lagi air tue terus g hospital...pagi 14.2.13 aku bangun pagi awal, seperti biasa orang mengadung selalu je buang air...aku tengok dah ada tanda dah...husband terus bawa aku g klinik penawar&dewan bersalin muslimah permatang pauh untuk check up..sampai kat sana lebih kurang kul 5.00 pagi..nurse check masa tue baru bukaan 1cm...aku kena stay kat situ la jawabnya...dalam kul 11.00am tue doktor scan perut nak tengok keadaan baby, semuanya ok kedudukan dan bukaan masa tue baru 2cm..lebih kurang kul 4.00pm aku diberi ubat buang najis sebab nurse check masa tue bukaan dah 3cm...lepas tue doktor pecahkan air ketuban aku dan masukan air serta ubat supaya bukaan cepat buka..lebih kurang dalam kul 6.00pm sampai lepas maghrib keadaan aku semakin sakit dan perut cepat mengeras...masa tue Allah sahaja yang tahu mcm mana perasaan aku...sakit seperti nak keluar sesuatu...tepat jam 8.00pm nurse check bukaan dah 5cm aku terus dibawa ke bilik bersalin...suami tercinta menemani aku sepanjang aku sakit hingga ke bilik bersalin..setia menemani aku dan memberi semangat kat aku...8.15pm tue jugak la, aku selamat bersalin anak lelaki seberat 2.1kg...Alhamdulillah, selamat juga..dalam jam 8.30pm setelah siap doktor membersih baby dan meletakkan ke dalam bilik baby, aku pun dah selamat aku di bawa ke bilik aku semula...rasa lega yang tak terhingga...esoknya pulak, 15.2.13 aku dah boleh pulang ke rumah sebab baby sihat dan aku pun dah sihat..aku keluar dari situ jam 10.30am...Ya Allah, Engkau telah selamatkan hambaMU ini bersalin dan mengkurniakan zuriat kepada kami, kami akan menjaga sebaik mungkin dan mendidikan ajaran agama seperti yang KAU mahukan...amin...
Nie la gambar baby aku...buat masa sekarang tak de nama lagi...esok dah masuk ari ketujuh dia lahir baru abah dia nak register nama..esok baby nak kena cukur rambut dah..
Putera ibu dan abah :
Berat : 2.1kg
Tempat lahir : Klinik Penawar & Dewan Besalin Muslimah Permatang Pauh
Jantina : Lelaki
i'm boy
putera ibu dan abah
14.2.2013
ari kedua di dewan muslimah
bersiap sedia nak balik kerumah tok mama dan wan
ari ke enam
i'm free...suka je tido dalam keadaan bebas tue..
ibu doakan baby sihat dan menjadi anak yang taat pada Allah, agama dan ibubapa...amin...
4 komen:
Assalam
nak tanya, ok ke bersalin kat Muslimah tu?
sy tgh carik2 hospital gak.
tp ada baca kata doktor situ cpt sgt buat keputusan nak vacuum baby even mak belum sempat teran btl2 lg.. btl ke? huhu
wsalam..
mm..bagi saya bersalin d dewan muslimah ok, sebab sebelum saya bersalin di sana, akak ipar saya dah dua kali bersalin di situ dan semuanya ok sahaja..kalau ibu mengandung tak de masalah, boleh je bersalin di situ..kalau la tetiba masa nak bersalin tue, dokt kata kena operate, dokt akan tya dulu nak bersalin disitu atau tak.masa saya bersalin, dokt dan nurse byk bagi semangat jugak untuk saya kuatkan diri semasa bersalin.bagi saya bersalin di dewan muslimah permatang pauh sangat berpuas hati.
Assalam..seronok baca kisah sis ni..nk tanya kos bersalin kt muslimah tu berapa masa sis dlu ye? Saya pn tengah mencari tempat untuk bersalin..
Salam Cik Tem..
Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya..alhamdulillah nak dekat 2 tahun dah masa berlalu tetapi saya masih teringat lagi kisah saya semasa di dewan muslimah..
bersalin didewan muslimah pada tahun 2013 untuk kali pertama saya dikenakan bayaran lebih kurang rm2000. selama 2 hari satu malam dan husband boleh bermalam disana juga. saya diberitahu kalau bersalin disana lebih dari satu kali akan ada discount.
:)
Catat Ulasan