Selasa, 28 Februari 2012

Aku Malu Untuk Menjadi Sayap Kirimu

Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani.
Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.
Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. 
Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah.
Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber'couple', dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas.
Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber'couple' adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.
akhir kalam, jika kita benar - benar sudah bersedia dan sudah berjumpa dengan seseorang yang kita rasa dia betul - betul boleh membimbing kita, maka tidak perlulah segan silu untuk menyuarakan keinginan kita kepadanya kerana di zaman yang serba moden ini tiada lagi istilah "Perigi mencari timba". dan jika ingin menyuarakan keinginan itu mestila selari dengan ajaran islam kerana islam itu indah.
"Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu." (Imam Nawawi )
"Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya"

Selasa, 21 Februari 2012

Huhu..Saya Tak Sihat Cikgu

Salam kekawan..dah lama tak update blog...saya tak sihat..dah 5 ari dah tak sihat..nape tak tahu la..muka jadi sengal2 sebelah muka je..selesema..huhu..saya tak suka..dah g jumpa doktor..tapi kan, doktor tue dah dera saya makan ubat 5 jenis..tak patut betul..dah la ubat besau2..payah nak telan..tersiksa tau tak..bila nak baik nie..ubat dah makan, tapi masih sakit...Ya Allah, KAU sihatkanlah hambaMU ini...amin..Doa2 kan lah saya sihat yea..TQ~~

Khamis, 16 Februari 2012

Ingati Juga Pada Diriku..

"Duhai muslimah yang dikasihi Allah S.W.T tidak perlu gusar dan mengeluh andai dirimu masih belum dilamar. Teruslah 'mensolehahkan' dirimu, teruslah bermujahadah menjadi hamba-Nya yang terbaik, yakinilah dengan janji-janji Tuhan, jangan pernah berhenti berdoa dan berharap kepada-Nya. Yakinilah, suatu hari kelak kamu kan memperoleh imam yang terbaik buatmu, sebaik dan seindah akhlakmu jua."

Selasa, 14 Februari 2012

Ngantuk Betul..

Pehh..arinie memang aku betul-betul ngantuk..mana tak nye, semalam tak leh tidur dengan amannya..sabar je la..sampai bila nak macam nie.mmm..ntah la..

Isnin, 13 Februari 2012

Geram Betul..

Eiii..sabar je la..pagi2 lagi dah ada yang wat aku marah..geram betul la..tak kira, nak gak citer..sakit ati betul..mana tak nye, pagi tadi masa nak kua dari rumah ke jalan besar nak g keja..keta dah la byk sangat...memang tak leh kua, pas tue pulak ada la satu van bodo nie tak sekolah agaknya pemandu nie, duk bunyikan hon..ingat van dia sorang je ke ada hon..geram betul..kalau rasa tak sabar sangat, kua je la dulu..pe hal pulak bunyi hon kat aku, kang kalau aku kua gak dari simpang, keta len langgar aku, sape nak bertanggungjawab..bukan dia nak bertanggungjawab pun, ntah2 tinggal gitu je..memang tak g sekolah abis la pemandu van tue..ntah2 pulak dapat lesen terbang..tolong la jadi pemandu berhemah sikit..ingat sama keselamatan orang len..jangan pentingkan diri sendiri..ingat ko nek van besar dari keta aku, aku takut kat ko...yang aku takut kan kalau aku kua t, ada pulak yang kenderaan len langgar aku..dah tak sabar nak kua simpang, wat la jalan sendiri..huh!!!nasihat aku la, bek ko g sekolah abis dulu tak pun aku leh je sekolahkan ko balik bagi abis..gerammmmmmm!!!!!

geram betul aku..

Selasa, 7 Februari 2012

Cinta? Diamkanlah..

Cinta? Diamkanlah..
DIAM ITU LEBIH BAIK.

Untuk Hawa..
Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.
Untuk Adam..
Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam Islam.
Bisik hatiku:
"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."
"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehahanmu. Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik."

Ya Allah...
Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah...
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah...

Rabu, 1 Februari 2012

Dah Sebulan Ke?

Mmm..arinie dah cukup sebulan dah...apa yang sebulan?mmm..ada la..sekarang nie aku rasa hapi je..dulu tue ada la rasa kosong, sepi, macam2 lagi la yang duka..tapi sekarang dah hapi dengan hidup baru aku..dah tak de masalah lagi yang hinggap kat otak aku dah..alhamdulillah..semoga kekal selamanya..ari yang dinanti akan tiba..tunggu dengan penuh kesabaran agar semuanya berjalan dengan lancar dan akan membuahakan kebahagiaan yang aku inginkan..alhamdulillah...

tada..nie la dia..hehehe..cukup sebulan suda..