Ahad, 31 Julai 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

IZAZ DANIA INGIN MENGUCAPKAN 

SELAMAT BERPUASA 

KEPADA PENGUNJUNG BLOG IZAZ DANIA'S BLOGSPOT..

Nie la AKU..

Nie la wajah aku yang terbaru, gaya tudung masa kini..hehehe..

 ..sebelum..ahaks..

...selepas..uhuk..

Si Comey Hulurkan Manjaan..

Semalam aku g hospital sungai bakap melawat sedara sakit..tapi kejap je melawat, yang banyak masa abiskan melawat kucing-kucing kat hospital tue..huhu..comey2 belaka..geram tau..banyak pulak tue..rasa macam nak bawa balik je, tapi abah dah warning awal awal, just main kat sini je, jangan pulak gendong kucing bawa balik..hehehe..mm..apakan daya rumah sendiri tak de, boleh men kat situ je la..jangan kata men, siap snap picture lagi..macam2 gelagat yang kucing2 tue buat..ngan aksi manja lagi...eeiii..geram, sabar je la..jom tengok picture yang aku snap tue..moh kite...

 nie aksi gatal..hehehe

 macho tak?
tapi bukan jantan tau, yang nie betina..

 siap ada janggut setompok kat dagu..hehehe..

 yang nie baby kat rumah sewa aku..kecik lagi..comey2..

 nie aksi suruh orang belai2 bawa dagu dia..ngade..eeii

 bila suruh belai orang tak nak, 
mula la belai sendiri..ahaks..padan..wek!!

 comey kan..si ibu nie ngandung tau..perut dia bulat..

 geram2...manja je..

 bila panggil dia wat dek je..eeii..

 tak larat wat aksi manja, trus tido..malas la tue..

nie aksi lagi satu wat aku rasa mcm nak golek2 je perut dia..
dah la bulat ada bby dalam tue..

Rabu, 27 Julai 2011

Cinta Seorang Playboy Itu..

Zaman remaja sememangnya zaman yang indah dan bahagia buat dia. Zaman di mana dia dipuja dan dipandang tinggi oleh wanita-wanita di sekelilingnya. Dia tersenyum bangga. Berbekalkan wajah yang sempurna, ketinggian yang mantap dan bentuk tubuh yang bisa menambat hati gadis-gadis, dia rasa begitu selesa dengan kehidupannya. Hatinya kini milik seribu wanita yang bergelar 'hawa'.

Untuk apa dia setia? Sedangkan rakan-rakannya yang lain kerap dipermainkan wanita walaupun mereka setia. Ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk teman wanita, akhirnya apabila sudah kopak, gadis tersebut meninggalkan mereka terkontang-kanting. Dia sendiri pun apa kurangnya. Sudah dua kali dia dicurangi makhluk yang bergelar kaum hawa itu walaupun dia telah korbankan segala kesetiaan dan kepercayaan kepada mereka.

Sudah dua kali juga dia menetapkan bahawa merekalah yang bakal menjadi permaisuri hidupnya tetapi sesungguhnya semua itu hanyalah sia-sia. Sekarang dia tersenyum puas. Puas kerana dapat mempermainkan hati lima gadis serentak! Dania, Ida, Zurin, Rushaida dan Lisya semuanya dia taburkan dengan janji-janji dan kasih sayang palsu. Andai salah seorang daripada mereka tidak berpuas hati pun dia tidak peduli. Asalkan dia bahagia melihat gadis-gadis tersebut terulit dibuai janji kosong.

Cuaca pagi itu tenang dan damai. Burung-burung bahagia berkicauan. 'Mungkin burung-burung tu pun bahagia sebab ramai awek,' bisik hati kecilnya. Dia tersenyum riang. Hari ini merupakan hari pendaftaran degree in law untuk pelajar junior. Jika bernasib baik, mungkin akan adalah seorang 'awek' cun tersangkut kat dia lagi. Sedang dia berdiri memerhati gerak-geri junior-junior yang kebanyakannya comel-comel belaka, pandangannya terhenti kepada salah seorang gadis ayu yang sedang duduk memerhatikan jam tangan di tepi kaunter pendaftaran kolej kediaman. Di dalam hatinya, itulah gadis yang bakal menjadi mangsanya seterusnya.

Sejak hari pendaftaran itu, dia bersungguh-sungguh mendapatkan serba sedikit maklumat mengenai gadis tersebut daripada rakan-rakannya dan junior. Hatinya menjadi lebih panas apabila mendapat tahu bahawa gadis tersebut merupakan seorang gadis yang sering mempermainkan perasaan lelaki. Hatinya melonjak untuk mengenali gadis tersebut agar dia dapat mempermainkan gadis tersebut pula! Dia cuba memulakan langkah untuk berkenalan dengan gadis tersebut. Dia mengatur ayat-ayat manisnya yang sememangnya menjadi bagi menjerat hati seorang gadis. Setelah seminggu lebih menjengah khabar berita daripada rakan-rakan dan junior, dia berjaya juga mengetahui serba sedikit tentang gadis itu.

Namanya tidaklah seglamour wajahnya. Bukan Aleesya, Areefa atau Natasya. Nama-nama tersebut adalah nama-nama biasa gadis-gadis cun yang dikenalinya selama ini. Tetapi kali ini, nama gadis yang cuba dikenalinya ini sungguh dalam maknanya. Gadis yang bernama Halimahtussaadiyah ini berasal dari Selangor. Setelah menaburkan ayat-ayat manis seperti biasa, tepat pada tarikh 8 Julai 2004, termaktublah bahawa mereka secara rasmi sudah menjadi sepasang kekasih.

Allah S.W.T  Yang Maha Berkuasa  tahu apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Dengan termeterainya perhubungan itu, niat yang pada mulanya berunsur khianat telah bertukar sepenuhnya. Perkenalan itu menjadikan mereka kenal akan erti kesetiaan, kasih sayang dan cinta. Tiada lagi istilah playboy dan playgurl dalam diri mereka. Tiada lagi istilah curang, khianat atau mempermainkan hati masing-masing. Dia telah pun memohon ampun dan maaf kepada bekas-bekas kekasihnya di saat zaman playboy nya dahulu. Hatinya kini terpaut kepada Halimahtussaadiyah seorang dan dia tidak berniat untuk bermain-main lagi dalam percintaan.
Episod-episod bahagia telah menjengah hari-hari mereka berdua. Dia yakin pada kata hati bahawa Halimahtussaadiyah lah yang sebenar-sebenarnya jodoh kurniaan Allah S.W.T baginya. Mereka bagaikan belangkas. Ke mana sahaja pasti bersama.

Tetapi lama kelamaan perkara ini menjadi masalah buat mereka. Akibat selalu kelihatan berdua-duaan, mereka telah dipanggil oleh jawatankuasa perwakilan Persatuan Rohani IPTA. Ketika itu mereka tersedar bahawa mereka telah melakukan dosa yang menghampiri fitnah dan zina. Walaupun setakat ini, mereka masih mengawal perilaku mereka, perkara sebegini masih haram di dalam Islam. Sedangkan ber-couple itu juga adalah haram apatah lagi berdua-duaan. Astagfirullahalazim!

Namun mereka sudah terlalu mencintai antara satu sama lain. Setelah berbincang dengan ibu bapa masing-masing, mereka mengambil keputusan untuk bertunang dan bernikah. Bukan mudah untuk meyakinkan ibu bapa pada mulanya namun, mereka tetap bersungguh agar tidak dipisahkan. Maka, tanggal 3 September 2005, mereka pun bertunang. Ketika majlis pertunangan dilangsungkan, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk memilih tarikh pernikahan pada bulan Disember 2005 iaitu pada tahun yang sama agar dapat mempercepatkan urusan membina masjid tersebut. Selepas bertunang, mereka menjaga pergaulan mereka. Mereka tidak lagi kerap berjumpa kecuali untuk urusan-urusan penting sahaja. Namun di dalam hati, masing-masing terasa sangat berdebar-debar menanti ketibaan hari yang ditunggu-tunggu.

Tetapi kata orang, kita cuma mampu merancang. Allah juga yang Maha Menentukan. Tanggal 21 September 2005, iaitu hanya beberapa minggu selepas mereka bertunang, hadirlah suatu peristiwa yang tidak akan pernah dia lupakan. Tarikh itu, tarikh dimana nyawa Halimatuhsaadiyah diragut kerana kemalangan jalan raya di Lebuhraya Elite sebaik pulang daripada rumahnya kerana terdapat perbincangan mengenai persiapan perkahwinan. Halimatussaadiyah meninggal di Hospital Besar Kuala Lumpur tepat pada jam 9.30 malam itu. Kemalangan ngeri itu telah mengakibatkan gegaran otak yang kuat dan menyebabkan pendarahan di dalam kepalanya. Dia yang turut terlibat di dalam kemalangan tersebut hanya patah kaki dan koma selama beberapa jam namun, oleh kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, dia tidak dapat hadir ke pengebumian Halimatussadiyah, seorang gadis yang amat dia cintai.

Saat dia sedar daripada koma, soalan pertama yang terbit dibibinya ialah di mana Halimahtussaadiyah dan bagaimana keadaannya? Bagi mengelak kejutan yang teruk dan atas nasihat doktor, ibu bapanya terpaksa menipu dengan mengatakan keadaan Halimahtussaadiyah stabil dan sedang dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Hari ke enam pada bulan Ramadhan, dia dikeluarkan daripada Hospital. Sepanjang berada di rumah, die sibuk bertanyakan perihal Halimahtussaadiyah dan ibu bapanya hanya berdiam diri kerana takut terjadi perkara yang tidak diingini padanya jika terus berselindung, ibu bapanya meminta bantuan daripada ibu bapa Halimahtussaadiyah untuk memberitahunya khabar berita bahawa Halimahtussaadiyah telah pun kembali ke rahmatullah dan telahpun selamat dikebumikan. Sebaik mengetahui bahawa gadis yang dicintainya itu telah pun kembali pada Tuhan yang Maha Esa, hidupnya menjadi tidak keruan. Dia tidak mahu makan, tidak mahu mandi dan asyik menghabiskan waktunya untuk menangis dan meratapi. Hidupnya seakan-akan tidak terurus lagi. Pelajarannya ditinggalkan begitu sahaja.

Tetapi kisah dukanya tidak hanya terhenti di situ. Setelah tiga minggu mengetahui berita bahawa Halimatuhsaadiyah telah meninggalkannya selama-lamanya, dia mengalami masalah hilang ingatan akibat terlalu stress dan terlalu banyak berfikir. Ibu bapanya sudah puas menghantarnya membuat rawatan di hospital dan bertemu dengan ustaz-ustaz yang boleh mengubatinya namun masih tidak berhasil. Inilah ujian daripada Allah. Mungkin Allah S.W.T hanya akan mengizinkannya untuk mendapatkan kembali memorinya setelah dia tenang dan redha dengan pemergian Halimatuhsaadiyah. 

Alhamdulillah setelah berusaha tanpa jemu, pada pertengahan bulan Mac pada tahun 2008, barulah ingatan dia kembali pulih seperti biasa. Ketika itu, dia telah redha dengan pemergian bekas tunangnya dan berdoa agar roh Halimatuhsaadiyah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..

Sekarang, dia hanya meneruskan kehidupannya seperti biasa walau pedih untuk ditanganinya. Dia pernah bercerita, di dalam mimpinya arwah pernah hadir dan mengucapkan kata-kata yang telah membuatakn dia sedar apa yang patut dilakukannya. Arwah memintanya agar tidak berterusan bersedih hati dan terus mencapai impian merealisasikan cita-citanya.

Ajaib bukan? Seorang playboy bertukar menjadi seorang yang setia kerana kehendak-Nya. Seorang playboy diuji oleh Allah untuk menghapus dosa-dosanya. Jika selama ini dia menguji hati gadis-gadis yang dipermainkannya, kini hidupnya sarat dengan ujian Allah yang Maha Berkuasa. Allah menjadikan sesuatu pasti ada hikmahnya. Dipinjamkan oleh-Nya intan permata namun bisa ditarik bila-bila yang dikehendaki-Nya.


Sumber imej : Google Image
-Artikel Iluvislam.com

Isnin, 25 Julai 2011

AKU TENSION...

Ya Allah...tensionnya aku..susah ati betul la..nape tak tahu..hati rasa tak tenang je..memang la keja banyak arinie..kepala mula sakit..tolong aku!!!huhu..kaki sakit sangat...banyak betul berjalan arinie..bertambah keja banyak, lagi lagi la sakit..TENSION...TENSION...TENSION..bila nak hilang sume masalah nie tak tahu la..minta minta la balik keja nanti, hilang sume masalah aku..kaki nak pakai lama, tapi tue la, banyak nak guna..dengan tangan sakit tak baik baik lagi..dugaan betul la..tapi aku terima dengan redha..insyaallah, akan datang pasti sihat...doa doa kan la..amin.

Ahad, 24 Julai 2011

Go Go Chaiyok!!!

Arrgghh..balik dari taklimat je, pehh..keja banyak betul la..tak larat..tak cukup tangan je rasa..macam nak jadi sotong pulak..huhu..adeh..sok n lusa ada taklimat lagi..huhu..tak masuk ofis lagi la aku..mm..keja nak wat cepat cepat bagi siap..dah siap nak wat keja lua pun senang hati..hehe..go go chaiyok...wat yang terbaik izaz dania..hehehe..wat semangat kan diri..

Khamis, 21 Julai 2011

Selamat Pagi Sume..

Urrmm...lama tak update blog(kata seorang pembaca blog izazdanias yang tegar)...hehehehe(perasan admin)..arinie baru masuk ofis setelah 3 ari melibatkan diri dalam satu taklimat..peehhh..letih jugak..rindu kat blog kekanak-kanakan ini..hehehe..arinie nak update pasal tangan saya..huhu...sakit lagi..makin sakit bila ari terakhir taklimat dijalan kan iaitu semalam..tak tahu la kat mana silapnya, tak kenanya..adehh..semalam balik taklimat sapu ubat supaya malam kang leh tido nyenyak, tapi apa kan daya, sakit tue wat saya tak leh tido..kejap kejap terjaga..huhu..tersiksa waktu tidoku..uhuk...ingat kan petang nie lek kampung nak ajak my parent teman g klinik, nak xray kat tangan yang ngade nie, nape sakit sangat..tapi tue la..nak xray tue..mmm...(wang tak cukup)...almaklum la, gaji tak de lagi..huhu..tapi kena balik report kat diaorang jugak yang anak nakal diaorang sakit tangan, nanti leh baik sikit dari sebelumnya..doa mak ayah berkat sembuh tangan saya yang sakit nie..huhu..doakan la saya sembuh..amin..

Ahad, 10 Julai 2011

Nak Citer Nie..

Huhuhu..nak citer nie...dah sebulan lebih sendi tangan sakit..sendi tangan timbul..huhu...dah tak tahan, baru-baru nie g jumpa orang urut sendi dan tulang..dia kata sendi kat tangan dah lari dari kedudukan asal..huhu..takut...dia kata lagi kalau datang lambat masa mengurut, nanti tangan kiri aku dah tak leh guna sebab tulang dah bersilang..lagi-lagi la takut..tak tahu la apa puncanya, tapi kan , mungkin jugak sebab aritue terkena bola masa men netball..huhu..benda nak jadi kan..redha je..orang tue suruh rehat kan dulu tangan, jangan men netball lagi..insyaallah dah sembuh baru boleh men...doa-doakan la saya cepat sembuh..tq..hehehe...skarang nie lengan pulak sakit sebab bekas kena urut tue, sendi jadi bengkak, bila sentuh je, rasa sendi keras..huhu..sampai bila agaknya tangan nie nak sakit..mm..ntah la..tak pe la..asalkan dah g urut, alhamdulillah, dah tahu apasal tulang tangan timbul...masa urut tue, mm..apa lagi jatuh la air mata tanpa ada penahan, abis basah baju aku...sakit betul dia urut...tangan lelaki kan, dia yang urut tak sakit la, aku yang kena nie sakit..sabar je la..tue yang terakhir aku g...nanti tak mo g dah, sakit oooiii..

doa- doakan la 
saya sembuh yea..

Selasa, 5 Julai 2011

"Saya Nak Dia.."

"Saya Nak Dia.."

"Dia kaya sangat. Selalu ada bila aku senang.
Masa aku susah lagi la aku rasa dia ada.."
"Bila rindu, aku baca ayat cinta yang dia bagi.."
"Bila aku nak apa-apa, aku minta pada dia.."
"Bila aku gundah..aku fikir dia, terus rasa tenang.."
"Best tau bercinta dengan dia..! Kau pun boleh bercinta dengan dia."
"Eh, aku pun boleh?
Aah. Dia adalah Rabb kita. Tuhan kita. Allah.

Orang selalu ingat bercinta ni sesama manusia sahaja, padahal dengan makhluk-makhluk lain pun kita digalakkan bercinta. Bercinta dengan pokok, bercinta dengan laut, bercinta dengan gunung-ganang. Mereka juga ada hak untuk dicintai, disayangi dan bebas daripada kerosakan manusia di atas bumi.

Cinta pada manusia pula adalah satu fitrah yang tidak boleh dinafikan, yang mana setiap orang dalam diam sedang mengejar cinta manusia. Tapi berapa ramai yang mahu mengejar cinta Allah? Berapa ramai yang sedang mengejar cinta Allah? dan berapa ramai yang betul-betul mengejar cinta Allah?

 fikir-fikirkan lah..

Isnin, 4 Julai 2011

Musim Giler Main Angry Bird

Skarang nie kan, kat ofis tengah giler main Angry Bird..tapi keja tetap buat..time rehat je main..best tau..bila men je, klau tak dapat kalahkan yang tuttttt tue, geram je rasa...eeeii..tapi banyak kesabaran bila main Angry Bird tue..tak tahu sampai bila nak main mainan tue..tak abis2 lagi..dah 2 3 minggu duk ngadap game nie je  hah..tambah kat rumah lagi, balik keja ngadap game tue..mm..tak pe..main bia sampai abis, baru syokkk..kan..kan..hehehe..

demam "Angry Bird"

Ahad, 3 Julai 2011

Menakutkan..


Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
Dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang....

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

Fikir Dulu Sebelum Buat Keputusan..

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Nak Tahu Tak??

Martabat Wanita Di Sisi Agama
Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat dibeli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama hingga ke akhir hayat.
Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ia diterima sebagai mahar.
Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan. Kerana apa, kerana ia mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, sudah pasti ia akan menyukarkan pihak lelaki.

Suami Akan Lakukan Yang Terbaik
Kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda.
Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahagian dalam sesebuah keluarga.
Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik.
Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan.
"Aku bayar sampai RM11k, ingtkan serba boleh. Goreng ikan pun tak masak betul, lipat baju pun tak pandai., masak kari pun masin dan bla bla bla...."

Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.