Ahad, 16 Januari 2011
Sebaik-baik insan adalah mereka yang senantiasa menabur bakti dan berkhidmat untuk insan yang lain meskipun dirinya tidak berpunya. Dengan potensi diri dan keemasan jiwa yang dimiliki semahunya dia berusaha menjadi sebaik-baik insan. Demikianlah intisari kepada sebuah maksud hadis Rsulullah SAW yang menjadi bual bicara menerusi penulisan buku ini. Jika sudah berpunya kekayaan dan kedudukan baru mahu berkhidmat dan menabur bakti belum tentu nilainya sama dengan insan yang tidak berpunya tapi sanggup untuk berkorban. Apatah lagi nilainya disisi Allah SWT tentu sekali sangat berbeza, namun masih ada harapan dan jalan untuk setiap individu menjadi insan pilihan disisi Allah SWT dan rasulNya. Sekiranyakita ambil segala azimat dan butir-butir mutiara di dalam risalah ini untuk dijadikan amalan yang berterusan. InsyaAllah dengan mengenal dan menyucikan jiwa makan akan tersingkaplah segala hijap dan terloronglah cahaya kebahagiaan dan kebenaran.
Label:
Coretan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komen:
Catat Ulasan