Khamis, 11 Mei 2017

JANGAN JADI "MINAH KEPOH" OK!!!

Assalamualaikum pembuka kata..

Adui, dunia sekarang la, ada lagi perkataan "minah kepoh" a.k.a suka amik tahu hal orang dan bawa cerita yang tak betul ke orang lain..orang macam nie aku nak labelkan suka jaga tepi kain orang dan bawak cerita orang ke orang lain..rupa dan sifat dari luaran memang baik..tapi rupanya sebaliknya..kalau tak tahu cerita sebenar plezzzz ok, jangan bawak cerita..MELUAT AKU!!!

Selasa, 10 Jun 2014

Aku Silap

Aku tak tahu macam mana nak cerita..sedih aku rasa..arinie (11.6.2014) aku nak buat pulut durian..niat aku nak bagi kawan-kawan makan, disamping tue aku niat nak wat kenduri kat arwah tok-tok n tok abah aku..tapi tak sangka bila tiba arinie jadi macam nie..sedih betul la..aku sememangnya tak pandai wat pulut..aku minta tolong akak sorang nie wat pulut..akak nie ok je..pastue aku minta tolong sorang pegawai nie belikan durian..aku tak leh beli durian atas sebab tertentu..tapi ok la pegawai tue beli durian..tapi disebalik beli tue aku terasa la dia duk perli-perli aku suruh makan sampai abis..busuk keta katanya bawa datang durian..aku minta maaf la..kalau aku tahu nak kata kat aku macam nie, aku tak mo la nak nyusahkan orang..yang pasal buat pulut durian nie rupa-rupanya ada orang tak suka..jangan la buat muka macam tue kat aku..aku ingat nak wat bagi korang makan, tapi disebaliknya tak suka..kalau aku tahu arinie boleh jadi macam nie, aku tak minta tolong semua nie..memang silap aku yang aku ingat sume kawan ok, rupa-rupanya ada niat tak suka dan boleh buat perangai macam nie..tak pe la..last and last aku tak akan minta tolong atau buat apa-apa kenduri atau makan dengan korang dah..memang hati nie jahat nak kata nyesal, tapi aku niat nak wat kenduri..sampai hati korang buat macam tue..last arinie jadi macam nie dan hari-hari akan datang memang aku ingat memang tak leh nak bagi korang hapi..tq la atas segalanya, dan maaf menyusahkan korang semua..

Khamis, 13 Februari 2014

Selamat Hari Lahir Anakku 14.2.14

Selamat hari lahir buat anak kesayanganku Muhammad 'Izz 'Ukasyah yang pertama..arinie bangun tido dengan muka ceria..dah pandai dah anak ibu nie..arinie genap la setahun 14 Februari 2014..lahir pada hari kekasih.  Kekasih ibu dan abah..ibu sayang sangat-sangat kat 'ukasyah..ibu doakan anak ibu sihat selalu, berjaya dunia dan akhirat, menjadi anak yang soleh dan mendengar nasihat ibu dan abah..dan...dan...menjadi semakin comel...


selamat hari lahir anak ibu..
Muhammad 'Izz 'Ukasyah
14.2.2013 - 14.2.2014

Isnin, 10 Februari 2014

Anak Ibu Nak Dekat Setahun

Wahhh...cepat je masa berlalu aku rasa..14 Februari 2014 nie cukup la setahun anak aku MUHAMMAD 'IZZ 'UKASYAH cukup setahun..pejam celik, pejam celik dah besar anak ibu..ibu nak 'ukasyah tahu yang ibu sayang sangat kat 'ukasyah..skarang nie 'ukasyah dah boleh berdiri tanpa bantuan, dah boleh panggil abah dan mama dah..teruja betul aku..ibu masih teringat lagi masa 'ukasyah mula-mula lahir, kecik je saiz dia..tapi skarang dah chubby dah..geram ibu kat 'ukasyah..ibu harap 'ukasyah akan jadi anak yang soleh, belajar rajin-rajin, dengar cakap ibu dan abah, jaga kesihatan dan keselamatan diri..

SELAMAT HARI LAHIR ANAK IBU YANG PERTAMA
PADA 14 FEBRUARI 2014


ibu dan abah sayang
Muhammad 'Izz 'Ukasyah

Khamis, 2 Januari 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Wahh...dah masuk tahun baru la...selamat tahun baru untuk semua pengunjung blog izaz dania's...kejap je rasanya tahun 2013..semakin sibuk la keja aku...anak pun makin membesar..harap-harap tahun 2014 dengan azam yang baru, aku akan lebih bekerja keras lagi untuk keluarga aku dan anak aku..yang penting kasih sayang aku kepada hubby dan anak makin bertambah..

SELAMAT TAHUN BARU 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014 JUGA DARI
MUHAMMAD 'IZZ 'UKASYAH..

Ahad, 20 Oktober 2013

happy bufday to me

wahh...aku dah cukup umur la..hehe..selamat ulangtahun kelahiran untuk aku yang ke 25 tahun..alhamdulillah, masih sihat, comel (perasan), dan bahagia di samping keluarga tersayang...apa apa pun selamat hari lahir la untuk aku...hehehe..21 Oktober 2013..

selamat ulangtahun kelahiran yang ke 25 tahun
(21 Oktober 2013)

Isnin, 7 Oktober 2013

Nak Masuk 8 Bulan Suda

Sekarang nie masa kejap je berlalu..anak pun dah makin membesar..maknanya aku pun makin berumur la..huhu..tapi aku rasa aku masih muda...(perasan lak)..14 oktober nie 'ukasyah dah nak masuk 8 bulan dah..wahhhh..anak ibu dah semakin besar..dah pandai wat memacam dah..sekarang nie dah laju je meniarap..merangkak baru lesen L lagi..tapi dah boleh meragas dah..cepat je rasa, ibu rasa 'ukasyah baru je lahir, kecik lagi..hehehe..sekarang dah boleh makan biskut lembut dah, gigi tak de lagi, makan bubur dah sekarang...susu pun dah minum banyak, alhamdulillah..dah pandai guna botol susu dah...good boy...ibu doakan anak ibu menjadi anak yang soleh dan mendengar nasihat...semoga sihat selalu dan menjadi penyeri keluarga..amin...ibu saya anak ibu. MUHAMMAD 'IZZ 'UKASYAH..

hapi family..