Rabu, 28 Disember 2011

Dosa Dalam Perkahwinan

Dosa Dalam Perkahwinan

Perkahwinan itu sesuatu yang mulia di sisi Allah S.W.T kerana bertujuan meramaikan umat Muhammad S.A.W di atas muka bumi ini. Bukan itu sahaja, perkahwinan itu juga suatu proses untuk kita membantu antara satu sama lain.
Tetapi sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah?
Perkahwinan itu bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan dan walimatulurus yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai raja sehari.
Jika sebelum ini kita hanya hidup bujang tetapi tiba-tiba ada manusia asing yang masuk kedalam hidup kita.
Jika sebelum ini kita hanya hidup dalam kelompok keluarga kita, namun setelah berkahwin kita perlu hidup dalam kelompok keluarga lain yang mungkin budayanya amat jauh berbeza dengan budaya hidup kita sebelum ini.
Jika sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin kita perlu masak untuk dua orang makan.
Entah berapa banyak "jika" untuk kita senaraikan.
Pendek kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jika boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kelak.
Tetapi mengapa dikatakan dosa dalam perkahwinan?
Kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Oleh sebab itu, kita perlu benar-benar bersedia. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan pahala.
Memandang wajah suami atau isteri pun sudah pahala apatah lagi jika senyum. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah S.W.T, kita yang makhluk ini haruslah beringat dan berjaga-jaga.
Jika perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa.
Oleh itu, jika kita masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. Memang ada yang berkata:
"Kalau nak tunggu betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua."
Ada juga yang berkata:
"Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin."
Sedia itu merujuk kepada apa?
Ilmu rumahtangga?
Ilmu Agama?
Persediaan mental dan fizikal?
Semua aspek kita perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana kita mahu melayarkan bahtera rumahtangga.
Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang kita mahukan?
Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama?
Itu perlu ditanya pada diri sendiri.
Rumahtangga yang bagaimana kita mahukan?
Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.
"Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat." (Imam Hasan al-Banna)
Firman Allah S.W.T:
" Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa." (Surah Thaha: Ayat 132)"
Tetapi jangan pula kita takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini.
Sejak akhir-akhir ini ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.
"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:
"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."
Berat bukan tanggungjawab seorang suami?
Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.
Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang. Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa.

* coretan dari iluvislam

Nape Yea??

Dari semalam lagi aku rasa tak hapi..tak tahu la ati rasa tak seronok je..kenapa erk diaorang wat aku macam nie..salah ke aku kalau aku nak bahagia..kenapa nak pinggir kan aku..sedih betul la..yang selama nie boleh berborak, tapi skarang hilang sume tue dengan sekelip mata..tak kan aku nak macam dulu je..aku pun ada hala tuju hidup aku..kenapa wat aku macam nie..tak pe la..may be tak sampai lagi giliran diaorang...tak pe..aku tak nak kata pe la, nanti sampai masa diaorang aku nak tengok, jadi tak macam aku..sedih betul la..aku ingat kan diaorang nak bagi semangat kat aku untuk tambahkan lagi kebahagiaan aku, tapi sebaliknya..tak pe la kamu semua..tunggu dan lihat je..

Rabu, 21 Disember 2011

Kenapa Aku Malas Sembahyang

Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku jasad siap bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang,
Kenapa aku malas sembahyang,
Kerja dah 'best' keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu pun aku tak boleh luang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku otak supaya tak bingung,
Allah bagi aku ilmu boleh fikir susah senang,
Allah bagi nikmat kenapa aku tak kenang,
Kenapa aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup main sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apalah aku ingat boleh suka-suka je masuk syurga,
Kenapa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena seksa sorang-sorang,
Kenapa aku malas sembahyang,
Siksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah SWT akan tertunai tiada siapa boleh halang,
" Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan "
Ya Allah, kuatkan lah iman ku..amin..

Ombak Rindu

Pehh..lagu nie memang meleret la..adeh..sedih pun ada..tapi terhibur..




















Ombak Rindu

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Selasa, 20 Disember 2011

Arrgghh..

Minggu nie aku cuti lebih dua ari..arinie baru masuk keja..masuk je keja, ada je masalah..tension giler la..arrgghh..bila nak abis bulan 12 nie...aku nak tinggalkan yang pahit2 nie kat tahun 2011..mulakan yang baru tahun 2012 dengan kecerian, kebahagiaan dan kesenangan..insyaallah..mudahkan lah jalan hidup ku..amin..

Ahad, 11 Disember 2011

Bye Facebook Ku..

Huhu...semalam aku dah tutup account facebook aku...dah tak de dah..fb tue bagi masa 2 minggu untuk sesape nak tutup account..kut2 la ada orang nak ubah fikiran..ahaks..tapi aku tak..selamat tinggal dunia fb lama ku..teruskan berjuang untuk dunia blog pulak...hehehe..nie pun dah ok dah ada blog sendiri..janji boleh post jugak..hehehe..mesti sume kawan2 aku kat dlm fb pelik kan...mungkin ada yang pk aku dah block diaorang, sedang kan aku dah close account..mm...maaf yea kekawan, ada sebab aku wat macam tue..bia aku je yang faham nape aku wat mcm tue..huhu..sedih jugak..tak pe..t ada fb, aku add kawan2 fb aku balik..huhu...

Selasa, 6 Disember 2011

Suka Beb..

Ahaks....AKU SUKA..hahaha..hehehe..tak tahu nak kata pe..lawak..lawak...suka betul la...(Nape nie??)suka..suka..

Ahad, 4 Disember 2011

Hasil Keja Aku.

Nie la hasil keja aku yang aku wat kat rumah..wat punya wat sampai leh luka jari aku..tapi tak pe..hasilnya cantik (pehh..puji diri sendiri..hehehe)..kalau ada sesape yang berminat leh la order..(hahaha..perasan)...

Dua Ekor Si Comey...

Jom tengok Si Comey wat aksi manja..






Khamis, 1 Disember 2011

Penghujung Cintaku


Ahh..suka ahh lagu nie..jom la kita sesama nyanyi..suka..suka..suka..



Penghujung Cintaku - Pasha Ungu & Adelia 


Berakhir sudah pencarian cintaku 
Jiwa ini tak lagi sepi 
Hati ini t’lah ada yang miliki 

Tiba diriku di penghujung mencari cinta 
Diri ini tak lagi sepi 
Kini aku tak sendiri 

Aku akan menikahimu 
Aku akan menjagamu 
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu 

Aku akan menyayangimu 
Ku kan setia kepadamu 
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu 

Tiba diriku di penghujung mencari cinta 
Hati ini tak lagi sepi 
Kini aku tak sendiri 

Aku akan menyayangimu 
Ku kan setia kepadamu 
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu 

Aku akan menikahimu 
Aku akan menjagamu 
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu 

Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu 
Seumur hidupmu 
Seumur hidupmu 
Seumur hidupmu 
Seumur hidupmu

sangat suka..